Monday, April 05, 2010

JOM RELAKS !!!!!!!


Jom Relaks kali ni (wah dah macam dialog kat TV lah pula!!! hihi...) nak bercerita tentang buku cerita kanak-kanak yang besssssssttttt sangat.... :))
Helloooo...buku ni bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tau, orang dewasa pun boleh baca juga.... ia mengisahkan dunia seorang kanak-kanak bernama Adam dan segala macam kejadian yang berlaku dalam kehidupan sehariannya bersama kawan-kawan sekolahnya.

Kisah yang lucu, spontan dan pastinya kita juga pernah mengalaminya sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Dalam buku ni ada 7 siri berlainan tajuk.

1- Sungai Khayalan - Adam dan Zaed memancing di Longkang sahaja rupanya =))
2- Di sebalik semak
3- Adam dapat ilham
4- Olok-olok
5- Lidah berbisa
6- Kereta,seterika,kuda & anjing
7- Krak, pecah.

Bacalah....tak rugi....boleh legakan kepala yang pusing...bagaimana Adam berhadapan dan melalui kisah-kisah lucu bersama teman baiknya Zaed yang kuat makan, Wong si pembuli, Sazali ulat buku, Cikgu Batu -> gelaran yang diberikan oleh Adam dan kawan-kawannya.... dan macam-macam lagi..

Buku Koleksi Adam diterbitkan oleh Pts Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Harga???? Cuma RM12.50 saja... murah kan???
Boleh cari di mana-mana kedai buku besar seperti MPH, Popular Book Store, Kinokuniya.....

Baca tau!!!! Sayonara......



No comments:

Post a Comment