Monday, May 31, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN

VS

Akhirnya LBS masuk pawagam!!!! Kisah cinta yang sungguh-sungguh menyayat hati...teringat dulu-dulu, bila baca novel LBS mesti menangis sampai berjurai-jurai air mata dek kerana terlalu sedih...huuuu!!! walau dah berulang kali baca pun... sentimental tu tetap wujud... =(

Harap-harap Lisa dan Farid dapat menjiwai watak Ayu dan Kashah.
Cuma masih rasa tak puas hati dengan `ending' LBS....tak puas hati!!!
Lepas ni dah tak ada lagi sambungan cerita cinta budak nakal tu...huuu!!!!

Siapa yang tak pernah baca novel LBS...cuba-cubalah baca...memang betul-betul sedih... hurm.... dari ayat pertama hingga bait terakhir, seolah-olah kita ada sekali bersama watak-watak tersebut...

Jadi jangan lupa saksikan `Lagenda Budak Setan' di pawagam berhampiran bermula 3hb June 2010. Errr kalau tak suka @ tak mahu tengok wayang...boleh beli `CD' LBS dan tengok di rumah...hehee....

Sejujurnya...kisah cinta Ayu-Kashah lebih hebat dari kisah Laila-Majnun, Romeo-Juliet dan seumpamanya.
Selamat membaca....


No comments:

Post a Comment